:: English | Bahasa Malaysia
::
:: PENDAFTARAN DAN SEMAKAN DAFTAR AHLI
KARIAH ::
Bagi memastikan anda layak mengundi dan dicalonkan
untuk Mesyuarat Agung Khas (Pencalonan Dan Pemilihan Anggota Jawatankuasa
Kariah Dan Pemeriksa Kira-Kira) Bagi Masjid ATAU Surau di
negeri Selangor setiap 5 tahun sekali, Sila
semak pendaftaran anda atau daftar segera sebagai ahli kariah.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN AHLI KARIAH BERDAFTAR
Mana-mana orang yang layak menjadi ahli kariah berdaftar bagi
sesuatu masjid dan surau jika memenuhi syarat-syarat kelayakan
seperti berikut :-
a. Warganegara Malaysia
b. Berumur 18 tahun dan ke atas.
c. Berpegang dan beramal dengan pegangan Ahli Sunah
Waljamaah; dan
d. Tinggal tetap bermukim atau bermastautin sekurang-kurangnya
tempoh empat (4) bulan di dalam sesuatu kariah masjid
atau surau yang dia hendak mendaftarkan dirinya sebagai ahli
kariah berdaftar.
:: SEMAK & DAFTAR AHLI KARIAH
::
(Online & Manual)
-------------------------------------------------------------------------------------------
PENTING!!!
PENDAFTARAN AHLI KARIAH BAGI TUJUAN
MESYUARAT AGUNG KHAS
PENCALONAN & PEMILIHAN JAWATANKUASA SURAU &
PEMERIKSA KIRA-KIRA
BAGI SURAU SELURUH NEGERI SELANGOR SESI 2027-2031 <TUTUP!>
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 31
JULAI 2026
LAMAN WEB DIKEMASKINI MULAI 01 OGOS 2026-07 OGOS
2026
-------------------------------------------------------------------------------------------
A. :: SEMAK AHLI KARIAH
BERDAFTAR ::
Semak Maklumat Ahli Kariah Berdaftar <<
di sini >>
(UPDATE : 11 OGOS 2026)
B. :: DAFTAR SEBAGAI AHLI KARIAH BERDAFTAR ::
Muat-Turun borang Pendaftaran Ahli Kariah << muat-turun
>>
dan hantar melalui Pengerusi
atau Setiausaha Surau.
NOTA : (PENDAFTARAN DIBUKA UNTUK AGM KHAS
SURAU 2026 -
RUJUK MAKLUMAN DI ATAS)
PENTING : 1. Sertakan Salinan
Kad Pengenalan Diri Kariah
2. Jika alamat yang tercatat pada Kad Pengenalan adalah
berbeza dengan
alamat maustatin, sila
sertakan dokumen sokongan (bil air/internet atau
surat sokongan) dan
disahkan oleh Pengerusi Surau.
(Rujuk Garis
Panduan Pendaftaran Ahli Kariah 7.1(b) M/s 40)
NOTA : PENDAFTARAN AHLI KARIAH DIBUKA SEPANJANG TAHUN
SAMAADA KEPADA AHLI KARIAH YANG BELUM BERDAFTAR ATAU AHLI
KARIAH YANG BARU BERPINDAH KE KARIAH MASJID SAIDINA ALI (LEBIH
4 BULAN).


MASJID SAIDINA ALI BUKIT SENTOSA
JALAN
ANGGERIK 6, SEKSYEN BS7, BUKIT SENTOSA
48300
RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel: (60) 3 6021 5776 | EMail : masjidsaidinaali2016@gmail.com